Majlis Pelancaran Misi Ekspedisi Annapurna Base Camp dan Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UiTM dan Mohhashi Space Gateway Berhad

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, hari ini hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Misi Ekspedisi Annapurna Base Camp dan Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UiTM dan Mohhashi Space Gateway Berhad.

Misi ini akan dilaksanakan pada 10 hingga 17 Mac 2022 merangkumi misi pendakian dan disulami dengan program-program yang akan memberi impak besar kepada universiti termasuklah penyelidikan semasa pendakian yang berkaitan dengan Social Science & Built Environment, Social Innovation kepada komuniti di kaki bukit Annapurna dan aktiviti khidmat masyarakat yang lain.

YB Menteri juga menyaksikan sesi Menandatangani memorandum persefahaman antara UiTM dan Mohhashi Space Gateway Berhad.

Turut hadir, Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausa ( Pengurusan dan Pembangunan), KPT, Dato Shaharuddin Abu Sohot, Memangku Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Prof Ts Dr. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UITM, Tan Sri Dato' Ir Hj Zaini Omar, Pengerusi Mohhashi Space Gateway Bhd dan En Mohd Amin Abdullah, Presiden Persatuan Alumni Universiti-Universiti Texas.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5452
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.