Majlis Pecah Tanah Kolej Komuniti Parit Sulong

Majlis Pecah Tanah Kolej Komuniti Parit Sulong

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Kolej Komuniti Parit Sulong (KKPS) di sini pagi tadi. Pembinaan KKPS di atas tanah seluas 9.822 ekar tersebut bakal menawarkan kemudahan kepada penduduk di komuniti sekitar untuk mengikuti pengajian sepenuh masa serta kursus jangka pendek berteraskan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dibawah kendalian JPPKK.

Semenjak Januari 2021, KKPS telah pun beroperasi di kampus satelitnya di Pusat Perindustrian Sri Sulong dengan menawarkan pengajian seperti Sijil Perkhidmatan Logistik dan Sijil Pengoperasian Perniagaan serta program PSH seperti Komputer dan Teknologi Maklumat; Katering dan Sajian; Jahitan dan Pakaian; Perniagaan dan Keusahawanan; serta Upskilling Perkhidmatan Logistik.

Di tapak baharu ini kelak, KPPS akan dilengkapi dengan kemudahan dewan kuliah yang boleh memuatkan sehingga 240 orang pelajar pada satu-satu masa selain kemudahan lain seperti ruang aktiviti serta padang permainan yang mesra OKU.
Beliau turut menyentuh berkenaan keberkesanan pelaksanaan program PSH yang terbukti telah berjaya membentuk komuniti yang lebih dinamik dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta taraf sosioekonomi meliputi belia dan golongan rentan.
Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd. Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT merangkap KP JPPKK, serta wakil-wakil masyarakat sekitar.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3276
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 29 Mei 2024, 21:46:47.