Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Dengan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC)

26 November 2020, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC). Melalui kerjasama ini, KPT dan MEDAC akan melaksanakan program KPT-MEDAC: Siswapreneur yang menawarkan pembiayaan mikro kredit kepada golongan usahawan pelajar dengan TEKUN Nasional akan bertindak sebagai agensi pembiaya dan mengawal selia program tersebut. Pembiayaan mikro kredit yang ditawarkan mensasarkan seramai 20,000 orang usahawan pelajar dari Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti dengan peruntukan berjumlah RM20 juta. Nota persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT dan YB Ustaz Shaharizukirnain, Pengerusi TEKUN Nasional sambil disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5810
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.