Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2022

Hari ini YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menyampaikan amanat kepada Warga Kerja Kementerian Pengajian Tinggi pada Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2022 di Dewan Za’aba, KPT.Hari ini YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menyampaikan amanat kepada Warga Kerja Kementerian Pengajian Tinggi pada Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2022 di Dewan Za’aba, KPT.

Bertemakan “Memperhebat Strategi, Melonjakan Kecemerlangan”, tiga (3) fokus KPT adalah: Pengukuhan ekosistem pengajian tinggi; Pemerkasaan TVET; dan Pengupayaan pendidikan swasta sebagai satu industri.

Berteraskan kepada asas tersebut, YB Menteri telah memperkenalkan Rangka Tindakan Kesejahteraan Pendidikan Tinggi atau Sejahtera IPT bagi tahun 2022. Sejahtera IPT yang mengandungi tujuh (7) strategi utama iaitu Mengukuhkan ekosistem kampus yang Selamat, Memperkukuhkan KebolehPasaran Graduan, Memperkasakan Agenda Pendigitalan, Memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategi, Memacu Kesejahteraan Komuniti, Mempersada Kecemerlangan Institusi dan Menyemarak Semangat #KPTPrihatin.

Hadir sama YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha, KPT dan pegawai-pegawai Kanan KPT, Jabatan dan Agensi bawah KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 12480
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.