Lawatan Kerja YBTM Pengajian Tinggi ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ini. Sesi kunjungan hormat tersebut disambut oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM.

Sesi kunjungan hormat ini adalah salah satu dari sesi libat urus beliau dengan pihak pengurusan IPT terutamanya mengenai persediaan dan kesiapsiagaan UKM untuk menerima kemasukan pelajar di kampus UKM bagi sesi akademik 2021/2022 bermula Oktober ini.

Selain itu, beliau juga menekankan agar UKM sentiasa cakna mengenai keselamatan pelajar di kampus dan meningkatkan keupayaan digitalisasi kampus selari dengan era Revolusi Industri 4.0.

Sesi kunjungan hormat ini turut diiringi oleh Prof. Ir. Dr. Robiah Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan wakil-wakil daripada UKM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5764
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 28 Februari 2024, 20:42:11.