Lawatan Kerja YBM KPT Ke UTeM

Lawatan Kerja YBM KPT Ke UTeM

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah singgah ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pagi tadi dalam rangka lawatan kerja beliau ke universiti awam seluruh negara.

Disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Datuk Seri Dr. Haji Hasim Hasan; Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin serta para pegawai kanan UTeM yang lain, YB Menteri telah diberi taklimat berkenaan halatuju dan pencapaian UTeM sepanjang 23 tahun penubuhannya, terutamanya dalam usaha memperkasakan bidang TVET negara.

Dalam ucapannya, YB Menteri menyarankan agar UTeM dapat menterjemahkan budaya kecemerlangan serta produk inovasi yang telah dibangunkan, bukan sahaja untuk kesejahteraan komuniti bahkan digunapakai oleh pihak industri yang berpotensi.

Seterusnya, YB Menteri telah dibawa melawat ke makmal-makmal pembelajaran di kampus tersebut sambil diberi penerangan mengenai pelbagai produk inovasi yang dipamerkan oleh UTeM.

YB Menteri turut sempat meninjau perlaksanaan Menu Siswa Rahmah di kafeteria di situ sambil beramah mesra dengan para kakitangan dan pelajar UTeM.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian; dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), Jabatan Pendidikan Tinggi, YBrs. Encik Rizal Adnan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1848
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 21 Februari 2024, 15:56:07.