Lawatan kerja YBM ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi meneruskan lawatan ke Terengganu dengan mengunjungi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

YB Menteri diberi taklimat pengoperasian oleh Prof Dr. Fadzli Adam, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UniSZA sebelum membuat lawatan ke PPV Integrasi, UniSZA.

PPV ini telah beroperasi sejak 9 Jun lalu dan dijangka menamatkan operasinya pada 6 Oktober ini. Sehingga 3 Oktober, bilangan penerima dos pertama vaksin ialah 39,258 orang, manakala 37,980 telah diberikan dos kedua.

Kemudian, YB Menteri telah dibawa melawat Hospital Pengajar Universiti (HPU) UniSZA. HPU yang mempunyai keluasan lantai 48,996 meter persegi ini dijangka mula beroperasi pada April 2022. Apabila siap kelak, ianya bakal berkapasiti 200 buah katil dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pesakit luar seperti kecemasan dan trauma, pengimejan perubatan dan farmasi.

Selain itu, HPU ini akan turut menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan seperti perubatan forensik, dietetik dan sajian, kejuruteraan dan biomedikal serta jabatan kejururawatan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6167
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 10:52:23.