Lawatan Kerja KSU Ke UK: Penyertaan Hari Pertama EWF 2025

Lawatan Kerja KSU Ke UK: Penyertaan Hari Pertama EWF 2025

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim pada hari ini meneruskan hari kedua program lawatan kerjanya di United Kingdom (UK) dengan penyertaan mewakili Malaysia ke Forum Pendidikan Dunia 2025 (EWF2025).

Hari pertama forum ini dimulakan dengan penyertaan beliau dalam sesi Asia Pacific Breakfast Roundtable yang bertemakan EdTech in the classroom – Empowering Educators in the Digital Age. Sesi ini disertai oleh Menteri dan pembuat dasar dari negara Asia Pasifik serta pembekal perkhidmatan teknologi pendidikan antarabangsa.

Sesi yang dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Minister for Early Education United Kingdom ini, banyak menyentuh berkenaan penggunaan teknologi pendidikan di dalam kelas dan bagaimana pelajar serta guru atau pensyarah dilengkapkan dengan ilmu serta pengetahuan berkenaan teknologi pendidikan.

YBhg. Datuk Dr. KSU telah menyatakan pandangan KPT berkenaan perkara ini, yang mana kesediaan pelajar, guru atau pensyarah dalam menggunakan teknologi pendidikan perlulah diberikan keutamaan agar mereka sedar tentang bukan sahaja kebaikan penggunaan teknologi dalam kelas, namun melibatkan kekurangan yang mungkin dikenalpasti.

Beliau juga menyatakan keutamaan yang diberikan kepada teknologi AI oleh KPT khususnya dalam Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025–2035 sebagai antara anjakan yang diberikan penekanan secara langsung. Sesi ini turut disertai oleh YBrs. Prof. Dr. Yatimah Alias, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pegawai Education Malaysia London dan Pegawai Kementerian.

Seterusnya, KSU bersama delegasi telah menyertai upacara rasmi pembukaan EWF 2025 yang telah dirasmikan oleh Bridget Phillipson, Secretary of State for Education, Education Department of UK.

KSU juga telah menerima kunjungan hormat daripada Secretary General and Chief Executive (CE) of Association of Commonwealth University (ACU), Prof Colin Riordan. Dalam pertemuan ini, ACU menyatakan penghargaan kepada KPT atas kerjasama yang terjalin selamat ini antara universiti Malaysia dan ACU dalam bidang penyelidikan dan penajaan. Beberapa peluang kerjasama baharu juga telah dibincangkan seperti Mobility Staf Akademik dan pelajar, serta dalam bidang teknikal serta kejuruteraan antara universiti di Malaysia dan universiti ahli ACU.

Lawatan kerja dan penyertaan KSU dalam EWF 2025 akan diteruskan hingga 21 Mei 2025.

Kredit foto : UMPSA Malaysia 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 307
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 17 Julai 2025, 03:04:24.

logo-sirim