Lawatan Kerja KSU ke JPPKK Perkasa Agenda TVET Negara

13 Mei 2026 | Putrajaya
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) hari ini sebagai sesi pengenalan jabatan serta hala tuju institusi TVET di bawah kementerian.
Ketibaan YBhg. Dato’ KSU telah disambut oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah bersama barisan kepimpinan tertinggi JPPKK.
YBhg. Dato’ KSU telah diberikan taklimat terperinci mengenai fungsi, peranan, serta inisiatif terkini JPPKK dalam memacu kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Beliau menekankan kepentingan agar penawaran program di institusi POLYCC sentiasa bersifat dinamik, mampan, dan sejajar dengan keperluan pasaran kerja serta agenda pendidikan negara.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha KPT untuk memastikan penyelarasan dasar di peringkat kementerian diterjemahkan dengan berkesan di peringkat jabatan dan institusi.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah barisan Pengarah Bahagian JPPKK, Pengerusi serta Timbalan Pengerusi Zon POLYCC.
- Last updated on .
- Hits: 71
