Kunjungan Hormat TKSU Dasar Ke Atas Duta Besar Malaysia Ke Rusia & Sesi Bersama Pelajar Malaysia Di Moscow

Kunjungan Hormat TKSU Dasar Ke Atas Duta Besar Malaysia Ke Rusia & Sesi Bersama Pelajar Malaysia Di Moscow

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian dan delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Rusia, TYT Dato' Cheong Loon Lai serta menghadiri pertemuan bersama pelajar Malaysia di Moscow.

Pelbagai perkara mengenai kerjasama dua hala Malaysia-Rusia telah dibincangkan semasa sesi kunjungan hormat tersebut.

Duta Besar Malaysia ke Rusia memberi komitmen untuk sentiasa meneliti perkembangan semasa pelajar-pelajar Malaysia di Rusia serta mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Kementerian Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia bagi meneroka pelbagai kerjasama baharu.

Semasa majlis makan malam bersama pelajar Malaysia di Moscow, Dato’ TKSU (D) telah memaklumkan amanat YAB Perdana Menteri ketika program Wacana Pelaksanaan Strategi KPT. Selain itu, Dato’ TKSU (D) juga menekankan matlamat KPT adalah untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama dan berdaya saing tinggi.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah YBhg. Datin Noorazah binti Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT dan beberapa pengurusan tertinggi dari Universiti Awam negara. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 574
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 18 September 2024, 09:29:54.

logo-sirim