Kunjungan Hormat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) Ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas), YBhg. Datuk Md. Hanafiah Datuk Md. Kassim semalam.
Pertemuan ini bertujuan membincangkan keperluan permohonan serta perkongsian data bagi pelaksanaan Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah khusus untuk pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), bagi memastikan penyaluran bantuan dapat dilaksanakan secara berkesan.
Penggunaan data KPT adalah penting bagi menjamin ketepatan maklumat, terutamanya dalam pelaksanaan inisiatif Subsidi Tiket Penerbangan (SUBFLY) dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi (SENTOSA), agar bantuan dapat disalurkan secara adil, telus dan bersasar.
Turut dibincangkan ialah kaedah penyaluran data serta potensi kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara KPT dan Kerajaan Negeri Sabah.
Hadir sama dalam sesi ini ialah Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KPT, Puan Fazidah Mustafa.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 32