. Kunjungan Hormat Setiausaha Tetap, Kementerian Kemampanan Dan Alam Sekitar, Republik Singapura Perkukuh Kerjasama Dalam Sektor Pendidikan Tinggi Di Antara Malaysia Dan Singapura

. Kunjungan Hormat Setiausaha Tetap, Kementerian Kemampanan Dan Alam Sekitar, Republik Singapura Perkukuh Kerjasama Dalam Sektor Pendidikan Tinggi Di Antara Malaysia Dan Singapura

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Kemampanan dan Alam Sekitar, Republik Singapura, Encik Stanly Loh bersama delegasinya hari ini di Putrajaya.

Dalam pertemuan ini, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai perkembangan dan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi di antara Malaysia dan Singapura.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai inisiatif dan konsep yang dilaksanakan oleh kedua-dua negara dalam aspek kemampanan dan kelestarian terutama yang dilaksanakan di peringkat institusi pendidikan tinggi.

Turut hadir semasa sesi kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT, YBhg. Datin Noorazah binti Omar dan Pengarah Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Haji Shushilil Azam bin Shuib. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 950
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim