Kunjungan Hormat KSU KPT kepada Ketua Setiausaha Negara

Kunjungan Hormat KSU KPT kepada Ketua Setiausaha Negara

8 Mei 2026 | Putrajaya

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar pada petang semalam.

Kunjungan ini diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan menjelang persaraan beliau sebagai KSU KPT pada 9 Mei 2026, selepas lebih tiga dekad menabur bakti dalam perkhidmatan awam.

Pertemuan tersebut turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman dan kepimpinan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. 

  • Last updated on .
  • Hits: 25
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Mei 2026, 09:18:20.

logo-sirim