KSU Seru Para Akademik Pergiat Usaha Hasilkan Penulisan Berkualiti

KSU Seru Para Akademik Pergiat Usaha Hasilkan Penulisan Berkualiti

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menyeru para akademik mempergiatkan lagi usaha dalam menghasilkan penulisan berkualiti.

Dalam ucapannya ketika perasmian Forum bersama Kelab Penulis Universiti Awam di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka beliau juga berharap agar kelab itu terus aktif dan bergerak untuk menarik minat lebih ramai pihak menghasilkan penulisan terutama dalam kalangan anak muda.

“Kakitangan akademik perlu diberikan banyak pendekatan dalam bidang penulisan yang bakal menerbitkan buku atau penulisan berkualiti.

Penerbitan buku yang berkualiti berperanan untuk membangunkan masyarakat yang maju dan dinamik,” jelasnya.

Usai menyampaikan ucapan, YBhg. KSU KPT turut menyampaikan puisi istimewa hasil nukilan beliau bertajuk 'Kabilah Buku' usai ucapanya.

Seterusnya, YBhg. KSU telah menyampaikan sijil kepada peserta Forum Kelab Penulis Universiti bersempena forum yang berlangsung pada Ekspo Buku Malaysia 2024.

Turut diadakan, serahan Nota Kerjasama dan Surat Niat atas kerjasama strategik antara Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan empat institusi pendidikan tinggi awam.

Selain itu, YBhg. KSU turut menyaksikan Nota Serahan Kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT)-YPBN dalam mempromosikan pencalonan manuskrip Al-quran Terengganu sebagai Memory of The World-UNESCO dan Kerjasama Penerbitan Dokumentari Memartabatkan Institut Raja-raja Melayu Edisi Sultan Terengganu. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 993
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim