LIMA'23: KSU Sambut Perdana Menteri Di LIMA'23

KSU Sambut PM di LIMA'23

Delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memulakan lawatan kerja ke Langkawi International Maritime and Aerospace Expo 2023 (LIMA'23) yang sedang berlangsung di sini minggu ini.

Semalam, Ketua Setiausaha KPT YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar telah turut sama menyambut ketibaan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim ke acara Fleet Review yang diadakan di Resorts World.

Acara tersebut diadakan untuk memberi penghormatan kepada YAB PM daripada setiap kapal yang terlibat dalam acara maritim sempena LIMA ‘23.

Penganjuran LIMA kali ini disertai lebih 525 pempamer mewakili 140 syarikat berkaitan pertahanan dari seluruh dunia bermula 23 hingga 27 Mei 2023.

KPT melalui beberapa universiti awamnya turut menyertai edisi kali ini untuk memeterai beberapa Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan syarikat-syarikat pertahanan, maritim dan aeroangkasa antarabangsa bagi memperkasakan lagi sektor pendidikan tinggi negara yang berkaitan industri tersebut.

Foto Kredit: Anwar Ibrahim

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1569
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.