KSU Rasmi Seminar Perancangan Strategik Kajian Separuh Penggal KPT 2022

KSU Rasmi Seminar Perancangan Strategik Kajian Separuh Penggal KPT 2022

Pagi tadi telah berlangsungnya Seminar Perancangan Strategik Kajian Separuh Penggal KPT 2022 (SPS 2022) yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT di Kuala Lumpur.
Seminar 2 hari bermula pagi tadi tersebut merupakan platform tahunan yang mengumpulkan semua pegawai-pegawai tertinggi Kementerian, jabatan dan agensi di bawah KPT bagi menganalisis pencapaian, kelemahan dan merangka strategi bagi memantapkan lagi hala tuju KPT pada tahun kehadapan.
Bercakap merasmikan seminar pagi tadi, YBhg, Dato' Seri KSU menyatakan bahawa semasa SPS pada Mac lepas, sebanyak 987 program SKT dan 72 program bitara telah dirancang dan diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun 2022.
Oleh itu, penting bagi pertemuan kali ini untuk pihak kementerian menyemak pencapaian kesemua program-program yang telah dilaksanakan bagi jangka masa separuh penggal bermula Januari hingga September 2022 supaya tidak hanya gah di atas kertas pelaporan sahaja tetapi hasil yang diharapkan indah khabar dari rupa.
Beliau turut berharap agar semua pimpinan yang terlibat dapat menyusun gerak kerja yang lebih mantap bagi memastikan pencapaian sasaran yang ditetapkan untuk baki tahun 2022 ini dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan berpandukan dokumen rujukan utama KPT iaitu Rancangan Malaysia Ke-12, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dan Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia 2021-2025.
Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd. Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, serta YBhg, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, KPPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3718
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 Julai 2024, 03:08:48.

logo-sirim