KSU Merasmikan Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan KPT Tahun 2022

KSU Rasmi Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan KPT Tahun 2022

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah merasmikan Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan KPT Tahun 2022 pagi tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Seri Arida Abdul Razak, Pengerusi PUSPANITA cawangan KPT tersebut telah diadakan secara hibrid di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina KPT yang turut disertai hampir 1000 orang perwakilan dari seluruh negara melalui penstriman langsung di FB Live.

Selesai perasmian, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan KPT telah turut dibawa melawat ke gerai-gerai pameran dan jualan yang dianjurkan oleh para ahli di lobi KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5346
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim