KSU Pengerusikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Bagi Bangunkan Bakat Masa Hadapan RMKe-12

KSU Pengerusikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Bagi Bangunkan Bakat Masa Hadapan RMKe-12

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal bagi Pendidikan Tinggi (KKT) bagi Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) di sini petang tadi.

Mesyuarat tersebut telah disertai secara hibrid melibatkan wakil kementerian dan agensi awam, naib-naib canselor UA, pengarah-pengarah hospital pengajar universiti, wakil Persatuan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, ahli-ahli Majlis Profesor Negara, syarikat berkaitan kerajaan serta pihak industri.

Perjumpaan kali ini telah membincangkan hala tuju KPT yang telah diberi tanggungjawab menjayakan gerak kerja Bab 10 RMKe-12 iaitu 'Membangunkan Bakat Masa Hadapan' melalui usaha penjajaran semula pasaran buruh agar inklusif dan mampan serta membangunkan bakat tersedia masa hadapan.

Selain itu, KKT turut membincangkan syor serta pendapat bagi menjajarkan Bab 10 tersebut sehaluan dengan 11 azam YB Menteri Pendidikan Tinggi yang dapat menyokong kerangka dasar membangun negara Madani yang telah diaspirasikan oleh YAB Perdana Menteri.

Hadir sama YBhg. Dato' Dr. Megat Ahmad Sany Megat Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT dan YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, SUB Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3412
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim