KSU Lawat Politeknik Besut

KSU Lawat Politeknik Besut

Masih lagi di Terengganu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ke Politeknik Besut (PBT) pula untuk membuat lawatan kerja di situ pagi tadi.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengarah PBT, Udom A/L Ewon bersama Para Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Timur.

Dalam lawatan ini, YBhg. Dato’ Seri KSU telah berkongsi pandangan mengenai hala tuju pengurusan politeknik masa depan yang lebih bersifat 'Open Polytechnic'.

Beliau menekankan kepentingan kreativiti dalam penyelesaian masalah serta tadbir urus bagi mengoptimumkan produktiviti dan penggunaan tenaga kerja.

Sementara di situ, beliau turut berbesar hati untuk merasmikan Pusat Teknologi (Center of Technology - CoT) Kraf dan Fesyen Batik di bawah Jabatan Rekabentuk Kreatif dan Visual (JRKV).

Selain itu, beliau telah turut merasmikan penjenamaan semula ruang Student Plaza kepada 'Laman Warisan Budaya'.

Malah, YBhg. Dato' Seri KSU sempat juga meluangkan masa meninjau projek pelajar semester akhir dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta hasil kraf dan batik oleh pelajar JRKV.

Lawatan diakhiri dengan jamuan 'gulai kawah istimewa' hasil kerjasama kakitangan PBT.

Hadir sama Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan KPT, Azlinda Azman; dan Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), A. Azman Arshad. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 440
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 13 Februari 2025, 07:17:37.

logo-sirim