KSU Lancarkan 100 Judul Buku Gapena & Sampaikan Puisi Nukilannya

KSU Lancarkan 100 Judul Buku Gapena & Sampaikan Puisi Nukilannya

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) di WTCKL terus dihujani pengunjung dengan pelbagai pengisian dirangka termasuk jualan buku sehinggalah acara pentas.

Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang tidak melepaskan peluang dengan turut mengunjungi pesta buku ini dan siang tadi turut berlangsung majlis pelancaran 100 Judul Buku GAPENA & Badan Gabungan GAPENA yang dilancarkan beliau sendiri.

Dato’ Seri KSU dalam ucapan perasmiannya menyokong penuh usaha Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) serta penganjuran PBAKL 2024 dalam menyatupadukan penulis-penulis tanah air serta membudayakan masyarakat untuk cintakan ilmu dan buku.

Ia sekali gus dapat membugar budaya membaca dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa-mahasiswi IPT.

Menurutnya, KPT juga banyak memberikan inisiatif kepada warga kementerian termasuk pelajar untuk membudayakan amalan membaca dan cintakan buku termasuk yang terbaharu pemberian baucar buku yang memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT.

Dato’ Seri KSU yang juga terkenal dalam dunia puisi ini turut berkesempatan menyampaikan puisi hasil nukilannya bertajuk ‘Pesta Buku’.

Majlis sama turut menampilkan beberapa penggiat puisi dan pemuisi selain penulis-penulis buku. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 483
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 09 Oktober 2024, 08:12:06.

logo-sirim