KSU KPT Sertai Kayuhan Cyclothon 2024: Pedal For The Planet

KSU KPT Sertai Kayuhan Cyclothon 2024: Pedal For The Planet

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang bersama para pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah menyertai program kayuhan, Cyclothon 2024: Pedal for the Planet yang dianjurkan oleh Sunway Centre for Planetary Health dan Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur Sunway Education di ibu negara pagi semalam.

Program tersebut diadakan bersempena Hari Udara Bersih Antarabangsa Ke Arah Langit Biru.

Bertemakan 'Invest in #CleanAirNow', program ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama antarabangsa dalam meningkatkan kualiti udara dan mengurangkan pencemaran udara.

Kayuhan santai sejauh 7 kilometer bermula dari Dataran DBKL itu telah dilepaskan oleh Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Jemilah Mahmood.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dato Dr. Haji Mohd Zahari Ismail. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 866
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 13 Februari 2025, 07:17:37.

logo-sirim