KSU Hadiri Majlis Amanat KSN 2023

KSU Hadiri Majlis Amanat KSN 2023

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menghadiri Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2023 di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pagi tadi.

Kira-kira 500 orang penjawat awam merentasi pelbagai bidang perkhidmatan yang hadir telah mendengar amanat yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Antara intipati amanat tersebut, beliau menyeru para penjawat awam untuk komited dalam menterjemahkan tindakan pelaksanaan dasar Kerajaan melalui penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan kepada rakyat.

Komitmen tersebut selari dengan hasrat YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ketika mengumumkan gagasan Malaysia MADANI sebagai hala tuju baharu pembangunan masyarakat dan negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3452
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.