KSU Dan 1600 Peserta Jayakan Program Larian Denai Sungai Langat 2024

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KSU KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang bersama 1,600 orang peserta yang lain telah menjayakan program Larian Denai Sungai Langat 2024 pagi tadi.
Pada edisi kali ke-2 ini, program anjuran Friends of River Malaysia (Persatuan Sahabat Sungai Malaysia) melalui kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan syarikat pengurusan acara, MEP21 telah menawarkan dua (2) kategori larian untuk disertai iaitu 15 kilometer (km) serta 5 km.
Laluan 5KM melibatkan sebahagian kampus dan laluan di tepi Sungai Langat; manakala laluan 15KM, 40% adalah laluan denai dan selebihnya adalah laluan batu kelikir dan bertar yang melibatkan kawasan dalam dan luar kampus serta tepi sungai.
Tahun ini turut menyaksikan pertambahan penyertaan yang positif apabila bilangan peserta naik sekali ganda berbanding tahun lalu.
Melalui penganjuran program ini juga, para peserta telah didedahkan tentang kepentingan dan tanggungjawab menjaga kebersihan Sungai Langat.
Di samping itu juga, ia dapat menerapkan semangat cintakan sungai untuk jangka masa panjang, selain menjadi platform alternatif
untuk warga UA berhubung rapat dengan NGO dan masyarakat bagi mencapai matlamat yang sama.
Pagi tadi, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah menyempunakan larian bagi kategori 15 km, diikuti Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof Dr Abdul Halim Abdul Gafor; TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil; dan Pro Naib Canselor Strategi dan Kewatanan UKM, Prof Dato’ Dr Roslee Rajikan masing-masing menamatkan larian bagi kategori 5 km.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1300