KSU Buat Lawatan Kerja Ke UUM
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KSU KPT), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang memulakan siri lawatan kerja ke Utara petang tadi dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai destinasi pertamanya.
Kunjungannya bersama Timbalan KSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, En. Mohamad Azhan Md. Amir itu telah disambut oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan bersama barisan kepimpinan UUM yang lain.
KSU KPT telah dibawa melawat ke Galeri UUM sambil diberikan taklimat tentang universiti.
Beliau turut dibawa melawat ke tapak projek pembangunan UUM, antaranya DKG 1, 2 dan 3, Bangunan UUM Information Technology (UUMIT) baharu, Cafe Hijau Kuning dan Dewan Serbaguna bersebelahan Pusat Pembangunan Eksekutif UUM (EDC UUM).
Besok, YBhg. Dato' Seri KSU akan meneruskan lawatan kerjanya ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pula.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 866