KPT, UKAS Teliti Strategi Tingkat Pembangunan Dalam Sektor Pendidikan Tinggi

KPT, UKAS Teliti Strategi Tingkat Pembangunan Dalam Sektor Pendidikan Tinggi

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, hari ini telah menerima kunjungan hormat YBhg. Dato' Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di pejabatnya di sini.

\Perbincangan telah memberi fokus kepada usaha meningkatkan keberkesanan kerjasama awam swasta terutamanya berkaitan status projek-projek pembangunan yang memberi manfaat kepada sektor pendidikan tinggi negara.

Turut hadir YBrs. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT dan Puan Azlinda binti Azman, Setiausaha Bahagian Pembangunan KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2322
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 24 Mei 2024, 17:03:21.