KPT Terus Capai Manfaat Hasil Hubungan Akrab Malaysia-Qatar
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin turut melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pendidikan & Pendidikan Tinggi Qatar, TYT Puan Buthaina Bint Ali Al Jabr Al-Naumi kelmarin bagi membincangkan peluang memperkasa hubungan pendidikan tinggi yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Antara skop usaha sama yang akan diberi perhatian adalah penyelidikan dalam bidang perubahan cuaca, keterjaminan makanan dan gangguan teknologi (technological disruption).
Pertemuan ini juga turut memaklumkan mengenai penawaran program UKM, perlaksanaan program Qatar Fund For Development dan kerjasama antara beberapa universiti awam Malaysia dengan Universiti Qatar.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 2356