KPT Terima Kunjungan Ketua Pengarah JPJ, Bincang Potensi Kerjasama Strategik

KPT Terima Kunjungan Ketua Pengarah JPJ, Bincang Potensi Kerjasama Strategik

10 November 2026 I Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli dan delegasi bagi membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif melibatkan KPT serta Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Antara perkara yang dibincangkan termasuk kerjasama dalam pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya, inisiatif MyLesen, penglibatan JPJ dalam program anjuran KPT dan IPT serta peluang penempatan latihan industri kepada pelajar.

Perbincangan turut merangkumi potensi kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan keselamatan jalan raya, khususnya melalui penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan inovasi teknologi bagi menyokong usaha meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Pertemuan ini turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan dan meneroka peluang kerjasama yang dapat menghubungkan kepakaran JPJ dengan keupayaan penyelidikan, inovasi serta pembangunan bakat di IPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 35
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 10 November 2026, 10:27:55.

logo-sirim