KPT Sedia Main Peranan Laksana Pendidikan Tinggi Berpandu Tujuan
Pendidikan tinggi berpandukan tujuan (purpose-driven) memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan asing ke Malaysia kerana ia berupaya melahirkan bakat dan tenaga kerja mahir yang anjal, berdaya inovasi serta mampu memupuk kerjasama antara industri tempatan dan antarabangsa.
Jelas YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited untuk memainkan peranan utama dalam memperkenalkan sebuah ekosistem kondusif sesuai dengan pembangunan holistik mahasiswa yang boleh diterapkan ke sistem sedia ada hasil kerjasama erat antara kerajaan, industri, komuniti dan ahli akademik
Beliau yang merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Kempen 'Drive by Purpose' anjuran Universiti Heriot-Watt di sini pagi tadi yang mensasarkan untuk melahirkan mahasiswa yang memiliki kemahiran-kemahiran penting seperti berfikiran secara kritikal, keusahawanan, EQ (emotional intelligence) serta daya tahan yang tinggi.
Menurutnya, mahasiswa yang terasuh dengan sistem pendidikan' purpose-driven' ini akan jadi lebih berketerampilan, cerdas dan cemerlang melangkaui pencapaian akademik mereka.
Selain itu, beliau menghargai dedikasi dan kerjasama erat antara kementerian, sektor swasta dan ahli akademik yang bertungkus lumus memartabatkan bidang pendidikan tinggi negara ke pentas global sehingga diiktiraf oleh komuniti akademik antarabangsa.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1152