KPT Raikan Sambutan Bulan Kemerdekaan

KPT Raikan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Pada petang ini, bertempat di Lobi KPT, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat KPT.

Acara dimulakan dengan YB Menteri menulis coretan kemerdekaan pada layar Aspirasi Kemerdekaan, dengan diikuti oleh YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi serta YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT.

YB Menteri kemudiannya melawat ke ruang pameran kemerdekaan yang bertemakan ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’. Pameran ini dijayakan dengan gabungan universiti awam, universiti swasta, politeknik dan kolej komuniti.

Majlis sambutan ini juga dimeriahkan dengan alunan lagu-lagu patriotik yang dipersembahkan oleh Band Putra daripada Universiti Putra Malaysia.

Pelbagai pengisian menarik telah dirancang bagi program-program sepanjang bulan kebangsaan; antaranya Pertandingan Video Pendek Kemerdekaan, Pertandingan Hiasan Kemerdekaan, Penghasilan Mural Perpaduan dan Bicara Kenegaraan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1037
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.