KPT Memperkukuh Jaringan Kerjasama Bersama Industri Dalam Bidang Kecerdasan Buatan

KPT Memperkukuh Jaringan Kerjasama Bersama Industri Dalam Bidang Kecerdasan Buatan

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini telah mengadakan pertemuan bersama syarikat YTL Corporation Berhad (TYL) yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Yeoh Seok Hong dan wakil-wakil syarikat teknologi multinasional, Nvidia.

Pertemuan tersebut bertujuan bagi membincangkan mengenai peluang dan ruang kerjasama antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan syarikat-syarikat tersebut dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dalam usaha membangunkan modul dan bakat serta infrastruktur yang diperlukan.

Sebelum ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan RM20 juta semasa Belanjawan 2024 bagi penubuhan pusat Kecerdasan Buatan pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

KPT terus komited mendukung usaha memperkasakan penerokaan dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) di Malaysia dalam melahirkan bakat-bakat yang akan menjadi pemangkin transformasi digital negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1499
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 03 Oktober 2024, 04:17:23.

logo-sirim