KPT Membudayakan Sukan Dalam Kalangan Warga Kerja

KPT Membudayakan Sukan Dalam Kalangan Warga Kerja

Seramai lebih 600 warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah bersama-sama memeriahkan Karnival Sukan KPT sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024 melibatkan pelbagai aktiviti kesukanan bagi warga KPT.

Selaras dengan HSN2024 yang mengetengahkan konsep Malaysia Madani iaitu Sukan Baharu dan Sukan Rakyat dalam aktiviti kesukanan di kalangan masyarakat, KPT juga turut merealisasikan hasrat dan aspirasi ini melalui pelbagai acara kesukanan yang dipertandingkan.

Sebanyak tujuh (7) acara sukan dipertandingkan iaitu acara 'street soccer', bola jaring, ping pong, tarik tali lelaki, tarik tali wanita, baling selipar dan boling kelapa.

Manakala penyertaan pertandingan melibatkan enam (6) sektor merangkumi Sektor KSU, Sektor DASAR, Sektor Pengurusan & Pembangunan, JPT, JPPKK dan AKEPT. Setiap sektor diwakili oleh peserta secara berkumpulan.

Majlis Penutupan dan sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman.

Dalam pada itu, sesi cabutan bertuah turut diadakan pada Majlis Penutupan ini bagi memeriahkan lagi acara penamatan program.

Pemenang bagi setiap acara telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 bagi Johan, RM200 Naib Johan manakala RM100 bagi pemenang di tempat ketiga.

Berikut merupakan senarai pemenang keseluruhan bagi setiap acara yang dipertandingkan:

1) 'Street Soccer'

Johan : Sektor Pengurusan & Pembangunan

Naib Johan : Sektor JPT

Tempat Ketiga : Sektor DASAR

2) Bola Jaring

Johan : Sektor Pengurusan & Pembangunan

Naib Johan : Sektor JPT

Tempat Ketiga : Sektor DASAR

3) Tarik Tali Wanita

Johan : Sektor JPT

Naib Johan : Sektor DASAR

Tempat Ketiga : Sektor Pengurusan & Pembangunan

4) Tarik Tali Lelaki

Johan : Sektor DASAR

Naib Johan : Sektor JPT

Tempat Ketiga : Sektor JPPKK

5) Ping Pong

Johan : Sektor Pengurusan & Pembangunan

Naib Johan : Sektor JPPKK

Tempat Ketiga : Sektor JPT

6) Baling Selipar

Johan : Sektor JPT

Naib Johan : Sektor DASAR

Tempat Ketiga : Sektor JPPKK

7) Boling Kelapa

Johan : Sektor DASAR

Naib Johan : Sektor JPT

Tempat Ketiga : Sektor JPPKK

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1151
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 13 Februari 2025, 07:17:37.

logo-sirim