KPT-JAKIM Perkukuh Penyelarasan Pelaksanaan Majlis Perundingan Ummah

KPT-JAKIM Perkukuh Penyelarasan Pelaksanaan Majlis Perundingan Ummah

15 September 2026 I Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, hari ini menerima kunjungan hormat daripada wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan delegasi bagi membincangkan pelaksanaan Majlis Perundingan Ummah (MPU).

Perbincangan antara kedua-dua pihak memberi fokus kepada struktur, peranan serta penyelarasan pelaksanaan MPU, selaras dengan peranan JAKIM dan KPT sebagai Sekretariat Bersama. Pertemuan ini diharap dapat memperkemas koordinasi antara kedua-dua pihak serta memudahkan pengurusan pelaksanaan MPU dengan lebih tersusun dan berkesan.

  • Last updated on .
  • Hits: 82
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 15 September 2026, 10:40:33.

logo-sirim