KPT Fokus Bangunkan Prasarana Digital

KPT Fokus Bangunkan Prasarana Digital

KPT ketika ini sedang memberikan keutamaan kepada agenda pembangunan prasarana digital agar IPT awam dapat bergerak selari dengan ledakan pendigitalan, inovasi, sains dan automasi.

Bagi mencapai hasrat ini, KPT telah memasukkan agenda pendigitalan sebagai salah satu fokus utama untuk dirancakkan KPT dalam Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang merangkumi kesediaan Infrastruktur dan Infostruktur.

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mengulas hal yang demikian ketika sesi Pertanyaan Lisan oleh ahli Parlimen Kuala Krau di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, Infrastruktur merujuk kepada keadaan prasarana digital di sesebuah IPT; misalnya ruang pembelajaran digital seperti smart classroom, hybrid classroom dan Augmented reality- Virtual Reality Simulation Lab yang dibina mengikut keperluan dan kapasiti setiap universiti awam.

Manakala Infostruktur pula merujuk kepada teknologi atau kemudahan yang berkait dengan informasi atau maklumat serta pengurusannya (database, computer network, software application, servers dan lain-lain perisian) serta teknologi yang berkaitan dengan maklumat dan data.
Beliau turut menjelaskan bahawa fokus Kementerian pada waktu ini juga adalah untuk melaksanakan projek memulih, menyelenggara dan menaik taraf fasiliti serta kemudahan sedia di semua IPT awam bagi memastikan ia dapat beroperasi pada tahap optimum dan sejahtera.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3414
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 18 Jun 2024, 16:17:02.