KPT Eratkan Hubungan Sedia Ada Dengan Pakistan

KPT Eratkan Hubungan Sedia Ada Dengan Pakistan

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi berbesar hati menerima kunjungan hormat TYT Amna Baloch, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia di pejabatnya pagi tadi.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama strategik antara kedua-dua pihak yang telah lama terjalin dalam sektor pendidikan tinggi.

Antara intipati pertemuan ialah Pakistan berhasrat agar Malaysia membuka lebih banyak peluang keterlibatan pelajar Pakistan ke Malaysia, selain menjemput Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia untuk bersama-sama menerokai peluang pendidikan dan jalinan kerjasama dengan universiti terkemuka di Pakistan.

Turut hadir bersama-sama ke sesi kunjungan hormat ini ialah YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBrs. Datin Noorazah binti Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2595
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim