KPT dan PERKESO Perkukuh Kebolehpasaran Graduan

18 September 2026 I Putrajaya
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed dan delegasi hari ini.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada sesi perkongsian dan pertukaran pandangan mengenai usaha memperkukuh kebolehpasaran graduan, khususnya dalam menyediakan graduan yang lebih bersedia menghadapi keperluan dan perubahan pasaran pekerjaan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha memperluas peluang pekerjaan dan pendedahan kerjaya kepada graduan serta meningkatkan kesepadanan antara kemahiran graduan dengan keperluan industri.
Kerjasama dan perkongsian antara KPT dan PERKESO ini turut menyokong usaha berterusan untuk memperkukuh ekosistem kebolehpasaran graduan dan membantu mereka membuat persediaan lebih baik sebelum memasuki alam pekerjaan.
- Last updated on .
- Hits: 145
