Kontinjen KPT Turut Meriahkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah

Kontinjen KPT Turut Meriahkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diadakan pada pagi ini, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis ini.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menyampaikan Titah Diraja dan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Selaras dengan tema “Perpaduan Teras Malaysia MADANI”, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja menyeru agar semangat dan roh hijrah perlu dijelmakan dalam bentuk kesatuan dan perpaduan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan adat resam.

Kehadiran ke majlis ini juga melibatkan penyertaan serta kehadiran wakil-wakil kontinjen daripada semua Kementerian, Jabatan dan Agensi, termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kontinjen KPT seramai 50 orang telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) dan YBrs. Encik Fazli Said, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1854
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 18 Jun 2024, 16:17:02.