Kolej Komuniti Kuantan Perkasa Wanita Melalui Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah merasmikan Program Pemerkasaan Wanita Bersama Kolej Komuniti Kuantan (KKK).
Kira-kira 60 orang peserta telah menghadiri program ini yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan oleh KKK seperti Kursus Jahitan Palazo, Kursus Solekan dan Kursus Pembuatan Kek Pisang Cheese.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada masyarakat sekitar negeri Pahang khususnya golongan wanita untuk melibatkan diri dalam pelbagai kursus yang ditawarkan oleh kolej komuniti secara berterusan dari masa ke semasa.
YB Menteri dalam ucapan perasmiannya berkata, ilmu yang dipelajari pada program ini bukan sahaja mampu meningkatkan ekonomi keluarga tetapi secara tidak langsung turut menyumbang kepada kemakmuran negara
“Dalam hal ini, saya amat menghargai usaha kolej komuniti sebagai salah satu institusi TVET yang menawarkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang menawarkan kursus jangka pendek.
“Melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat ini, ia juga mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kaum wanita khususnya dalam bidang keusahawanan sekaligus mampu menjana pendapatan dan membantu golongan yang amat memerlukan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka,” ujar beliau.
Turut bersama di majlis ini ialah YBhg. Dato’ Hajjah Zaitun Mat, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat KKK, YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK dan Tuan Haji Mohd Yusof Zakaria, Pengarah KKK.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 4419