Kolaborasi Strategik KPT-Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Dalam Capital Market Graduate Programme Manfaat Mahasiswa Serta Graduan IPT

KPT komited dalam membina semula ekonomi dan menjamin kesejahteraan insan terutama mahasiswa yang selaras dengan hasrat Malaysia MADANI.

Sehubungan itu, antara usaha yang dilakukan oleh KPT adalah dengan menjalinkan kolaborasi strategik bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melalui inisiatif Capital Market Graduate Programme (CMGP) oleh SC yang bertujuan memberi kesedaran dan membuka ruang pasaran kerja yang lebih besar kepada golongan graduan IPT.

Satu sesi taklimat berkaitan CMGP turut diadakan di SC dan telah disampaikan oleh YBhg. Datin Azalina Adham, Pengarah Urusan SC.

Taklimat ini telah dihadiri oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA); Pengarah/Ketua Unit Kebolehpasaran Graduan serta Pegawai Pembangunan Kerjaya dari Universiti Awam di ibu pejabat SC di sini.

Hadir sama ialah YBhg. Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi SC; Pengarah Urusan; Pengarah Eksekutif; Ketua Pegawai Eksekutif; Pengurusan Kanan SC; YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa); Encik Hirman bin Awang, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik; Pegawai-pegawai Kanan JPT; serta pegawai-pegawai kanan Universiti Awam.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3335
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 09 November 2024, 12:54:17.

logo-sirim