Kibar Jalur Gemilang, Semai Cinta Terhadap Negara

Kibar Jalur Gemilang, Semai Cinta Terhadap Negara

Sempena Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022, KPT telah melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kenderaan KPT yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan sesi penyerahan Jalur Gemilang oleh YB Menteri kepada pelbagai kenderaan sebagai simbolik bermulanya kempen

YB Menteri turut berkesempatan meluangkan masa melawat panel pameran kemerdekaan di lobi KPT yang memaparkan serba sedikit pengetahuan mengenai sejarah pembangunan negara serta pengorbanan pemimpin dulu sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

Penganjuran program seumpama ini adalah sebagai satu usaha mengajak rakyat Malaysia terutamanya para penjawat awam untuk bersama-sama menghayati erti kemerdekaan agar semangat cintakan negara sentiasa tersemat dalam diri sekaligus meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara.

Turut hadir Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU, Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (D), Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (PP), Prof. Dato’ Dr Husaini Omar, KPPT, dan Ts Zainab Ahmad, KP JPPKK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4740
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim