Ketua Delegasi mengadakan perjumpaan dengan Canselor University Of Sharjah di Sharjah

YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Delegasi bagi Minggu Pendidikan Ekspo 2020 Dubai telah mengadakan perjumpaan dengan TYT Prof. Hamid M. K. Al- Naimiy, Canselor University Of Sharjah di Sharjah sebentar tadi.
Perjumpaan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pihak University of Sharjah di atas sokongan kerjasama baik yang telah diberikan kepada institusi pendidikan tinggi negara. Selain itu turut dibincangkan ialah mengenai kolaborasi dan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan di antara institusi pendidikan tinggi dua negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3043
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.