Keluarga IPT Berbuka Bersama Perdana Menteri

Keluarga IPT Berbuka Bersama Perdana Menteri

YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa di kediaman YAB. Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri petang semalam.

Majlis telah turut dimeriahkan dengan kehadiran YB. Senator Dato' Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

YAB Perdana Menteri telah menganjurkan majlis tersebut untuk beramah mesra serta berbuka bersama Keluarga IPT yang hadir antaranya anggota pengurusan tertinggi KPT serta para pelajar IPT awam dan swasta.

Turut sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBrs. Dr. Mohd. Zabri Yusoff, TKSU (Pembangunan dan Pengurusan) KPT serta para naib canselor IPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5752
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.