Ke Arah Pengurusan Sumber Manusia Yang Cekap Dan Inklusif

Ke Arah Pengurusan Sumber Manusia Yang Cekap Dan Inklusif

YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT hari ini telah menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Pengurus Sumber Manusia KPT yang diadakan di Bangi Resort Hotel di sini.

Program ini telah disertai kira-kira 130 orang pengurus-pengurus sumber manusia (PSM) dari Ibu Pejabat, JPT, JPPKK, AKEPT, MQA, PTPTN, Universiti Awam dan juga Hospital Pengajar.

Persidangan yang bertemakan “Ke Arah Pengurusan Sumber Manusia yang Cekap dan Inklusif” ini diadakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengurusan sumber manusia serta mengetahui tentang inisiatif-inisiatif baharu dalam Perkhidmatan Awam yang sedang dilaksanakan.

Pemilihan tema ini adalah bersandarkan pada matlamat untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman PSM mengenai cabaran-cabaran pengurusan sumber manusia.

Turut hadir YBhg Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) dan YBrs. Puan Arniza Mahamad Fazim, Timbalan Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3466
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.