Karnival Jom Masuk IPT 2022 Fasa 2 Kini Bermula!

Karnival Jom Masuk IPT 2022 Fasa 2 Kini Bermula!

Anda calon-calon SPM, STPM, Matrikulasi, STAM, Diploma dan setaraf? Nak sambung belajar tapi keliru nak pilih program apa?

Jangan risau!

Rebutlah peluang untuk menyertai kami di Jom Masuk IPT 2022 Sabah untuk mengetahui syarat-syarat dan peluang-peluang yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) serta pempamer yang mengambil bahagian nanti.

Jumpa anda pada 4-5 Jun ini bertempat di Sabah International Convention Centre bermula dari jam 8 Pagi - 5 petang!

Anda juga boleh mendapatkan sesi konsultasi secara PERCUMA bersama BKPA, JPT untuk mendapatkan informasi tentang permohonan UPUOnline dan haluan pemilihan program setelah mendepat keputusan peperiksaan nanti!

JUMPA DI SANA!

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5373
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 21 Mei 2024, 15:10:04.