HPU KPT Serah Ubat-ubatan Bantu Bencana Gempa Turkiye-Syria

HPU KPT Serah Ubat-ubatan Bantu Bencana Gempa Turkiye-Syria

Sejajar dengan nilai "Ihsan" yang digariskan dalam kerangka Malaysia MADANI, KPT melalui Hospital Pengajar Universiti (HPU) telah menyumbangkan bekalan ubat-ubatan untuk kegunaan mangsa bencana gempa bumi Turkiye-Syria.

Bekalan yang disumbangkan melalui Malaysian Medical Relief Society (MERCY) itu adalah berdasarkan senarai keperluan ubatan yang dipohon oleh Kerajaan Turkiye yang terdiri daripada 112 jenis ubat bernilai hampir RM122 ribu.

Majlis serahan telah dilakukan antara YBhg. Prof. Dr. Nazirah Hasnan, Pengerusi Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia mewakili HPU dan YBhg. Dato’ Dr Ahmad Faizal Perdaus, Presiden MERCY Malaysia telah disaksikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabatnya petang tadi.

Selain itu, KPT melalui PPUM dan HCTM UKM telah menghantar tiga (3) orang pegawai perubatan bagi menyertai MERCY Malaysia dan sedang mengumpulkan sejumlah sukarelawan perubatan serta bukan perubatan untuk menyertai misi kemanusiaan Turkiye-Syria.

Hadir sama menyaksikan penyerahan YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3128
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim