Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM Tawar Kepakaran Kepada Masyarakat

Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM Tawar Kepakaran Kepada Masyarakat

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor yang juga Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berkenan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan perasmian Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM di sini hari ini.

Keberangkatan baginda telah disambut oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor; YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan; YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT; dan YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.

HSAAS yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Pengajar UPM telah mula menawarkan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan kepada orang ramai semenjak dibuka pada tahun 2020 dengan 4 bidang tujahan kepakaran iaitu geriatrik, rawatan strok, zoonotik dan prostat.

DYMM Sultan Selangor turut berkenan menyerahkan sumbangan Dana Wakaf Ambulans berjumlah RM 100 ribu dari Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM kepada YBhg. Prof. Dr. Hamidon Basri, Pengarah HSAAS untuk dimanfaatkan bagi kegunaan para pesakit serta pengurusan hospital.

Dalam titahnya, Tuanku Canselor berharap UPM dan HSAAS dapat melahirkan lebih ramai para doktor atau pegawai perubatan profesional, disamping dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5476
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.