Hari Terbuka & Karnival Kerjaya MAG 2022

Hari Terbuka & Karnival Kerjaya MAG 2022

Pada tahun lepas, kadar kebolehpasaran graduan di Malaysia ialah 85.5%, iaitu meningkat sebanyak 1.1% berbanding tahun 2020. Kadar ini juga telah melebihi 0.4% berbanding dengan sasaran 85.1% yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Pencapaian ini hasil daripada komitmen tinggi dan usaha pelbagai pihak dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif berbentuk intervensi seperti Leadership Executive Accelerated Programme (LEAP) yang dianjurkan Malaysia Aviation Group (MAG).
Tahniah juga kepada MAG yang buat julung kalinya telah mengadakan Hari Terbuka dan Karnival Kerjaya Malaysia Aviation Group (MAG) 2022 pada hari ini. Ini merupakan platform terbaik termasuk para graduan untuk mencari peluang pekerjaan, mengenali industri penerbangan dengan lebih lanjut.

Industri penerbangan adalah antara industri besar yang menawarkan peluang pekerjaan dari pelbagai peringkat kelulusan. Ada dalam bidang profesional, dan ada juga yang melibatkan bidang teknikal.
KPT sentiasa menyokong dengan apa-apa pelaksanaan inisiatif oleh pihak industri yang dapat membantu meningkatkan keupayaan dan kemahiran graduan kita. “Bermulanya Di Sini”

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2136
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 09 April 2024, 09:42:49.