Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi

Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi

Sambutan Hari Sukan Negara 2022 peringkat Kementerian Pengajian Tinggi telah diadakan hari ini dengan pengisian pelbagai aktiviti sukan yang menarik.
Sejak awal pagi lagi, kira-kira 350 orang warga Kementerian Pengajian Tinggi telah berkumpul untuk bersama-sama mengikuti aktiviti senam robik yang diadakan di Dewan Za’ba, KPT dengan diketuai oleh tenaga pengajar aerobik dengan penampilan istimewa daripada atlet gimnas negara, Izzah Amzan.
Peserta kemudian mengikuti aktiviti brisk walk dan berbasikal sepanjang 15 km di sekitar Presint 5. Program diakhiri dengan aktiviti cabutan bertuah berupa sebuah basikal, sebuah jam tangan fitbit dan 2 buah barangan elektronik
Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato' Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, KPT, serta warga KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2809
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.