EduData Bantu Tingkat Kualiti Pendidikan Tinggi Negara

EduData Bantu Tingkat Kualiti Pendidikan Tinggi Negara

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pengalaman Malaysia Melaksanakan Pembelajaran Sepanjang Hayat Yang Mampan dan Inklusif melalui Edudata’ di EduData Summit 2022 (EDS), di sini hari ini.

Dalam ucapannya, YB Menteri berkata KPT amat menitik beratkan penggunaan sistem pengumpulan data (EduData) bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.

Katanya, KPT telah membangunkan platform EduData dalam pelbagai sistem seperti MyMOHEs, e-IPTS dan portal GREaT bagi membekalkan maklumat kepada Kementerian, IPT dan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan sistem pendidikan tinggi negara berada di landasan yang betul .

Beliau menambah, data-data ini juga dapat mencadangkan inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk menambah baik kurikulum dan latihan sebelum pelajar memasuki pasaran kerja yang kompetitif.

“Jadi, kami dapat mempergiatkan kolaborasi akademik-industri untuk jangka panjang bagi merapatkan jurang antara kelayakan graduan dan pekerjaan yang tersedia di pasaran,” jelasnya.

EDS yang berlangsung pada 8 hingga 10 Jun 2022 di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu merupakan sebuah forum antarabangsa yang bertujuan sebagai platform perbincangan dan perkongsian amalan terbaik antara pakar-pakar data mengenai kepentingan data dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3880
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.