Dua Projek Rangkul Anugerah Sijil Projek Berpotensi Tinggi Pada Majlis Pengiktirafan RKB

Dua Projek Rangkul Anugerah Sijil Projek Berpotensi Tinggi Pada Majlis Pengiktirafan RKB

30 Jun 2026 | Putrajaya

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melakar kejayaan manis semalam apabila dianugerahkan ‘Anugerah Sijil Berpotensi Tinggi’ pada Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), hasil daripada dua projek berimpak tinggi yang telah berjaya diselesaikan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Dua projek yang berjaya tersebut adalah ‘Meningkatkan Kecekapan Pengajian Teknikal di MTUN bagi Graduan Politeknik’ dan ‘Meningkatkan Kecekapan Proses Pembukaan Akaun Simpan SSPN’. Selain dua projek ini, KPT juga telah dianugerahkan dengan ‘Sijil Penghargaan Projek Siap’ bagi tahun 2025.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan KPT dan agensi yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. KPT akan terus komited dalam melaksanakan reformasi birokrasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan demi kemudahan rakyat.

  • Last updated on .
  • Hits: 211
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 10 Julai 2026, 10:17:09.

logo-sirim