DS KSU Rasmikan IIUM Riverbank Memorial

DS KSU Rasmikan IIUM Riverbank Memorial

YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT hari ini telah menyempurnakan perasmian IIUM Riverbank Memorial di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

IIUM Riverbank Memorial merupakan salah satu projek pemuliharaan Sungai Gombak yang dilaksanakan sempena ulang tahun ke-40 UIAM.

Projek pemuliharan ini melibatkan Sungai Pusu yang mempunyai keluasan saliran 12.4 km2 dan mengalir melalui UIAM sebelum bergabung dengan Sungai Gombak.

Sejurus kemudian, YBhg DS KSU telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) / (JTPK) KPT Bilangan 3 Tahun 2023 di sini.

Turut hadir YBhg Datuk Dr. Mohd Zabry Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) dan YBhg Prof Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2177
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.